Kementerian Pengangkutan (MOT) mengharapkan peruntukan yang tinggi dalam pembentangan Belanjawan 2023 pada Jumaat nanti untuk tujuan penambahbaikan pengangkutan awam.<br /><br />Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata pihaknya akan mengoptimumkan dan memastikan pengurusan yang baik daripada peruntukan yang akan diterima nanti bagi memastikan keselesaan rakyat terutamanya mereka yang bergantung kepada perkhidmatan berkenaan.
